Tuesday, July 31, 2012

yippie




MASUK KERJA…..YIPPIE…

                Setelah dipersetujui, aku pon masuk la kerja KAT Azlan Aziz and Partners ni ari ni 31 JULY 2012, awal 1 hari dari yang sepatutnya, tapi takpe…sebab boss tu cuti bersalin so tak cukup kaki dan tangan orang kat pejabat tu…

                Bangun mamai2, mandi,siap2 tengok jam dah 7.45…pergh cuak…pastu sebab motor aku pancit start la motor abg aku tapi hampas, susah nak mampos tending tak hidup2, last choice aku beranikan diri amik kunci kereta dan memandu kereta ke ofis, masuk kete dah kul 8.12…cepat2…..tak sempat nanti…bawak la,berpandukan kepala otak weng2 n instruction abg aku malam tadi, last2 aku sampai ofis kul 8.22…pergh awal giler…tunggu punye tunggu mundar mandir depan ofis dengan nervousnyer…hahaha…excited sangat,10 minit kemudian baru la muncul empunya pemegang kunci ofis…kui3….
                masuk2 salam2, duduk dapat meja depan sekali..pergh meja sendiri….first time…hahaha…tapi aku cube untuk tak menunjukkan sangat excited tu…duduk…baru 5 minit tiba2… jom ikut tengok2 ofis…berpusing2 la aku….tengok tempat simpan fail, tax, akaun, audit, kalau audit kertas kaler ape, cover letter cane, pakai mesin potostat reti ke x…(mestila, sampai pernah stuck mesin fotostat kbm tuJbinding report sendiri…..

                Okey x?OKEY2…sengih2 macam kerang busuk…1st day kan……………
Lepas tu aku dapat filing job….ngan 4 plastik expenses…mula2 ingat senang ….dah buat pergh…suku ofis tu penuh kertas resit2….aku tebar2 kan di muka bumi….

Filing ni kira job biasa la junior wat…senior pon kene jugak…job menyampah n leceh….
KENAPA?
Sebab….
First, korang kena asingkan sume type expenses
Repairs and Maintenance
Printing and stationery
Medical
Entertaiment
Macam2 lagi la…..pastu kena susun ikut tarikh…n yg kecik2 tu kena lekat dekat A4….pastu kasi punch n susun ikut kategori…..
Sakit weyh…macam2 benda korang jumpa…dari resit business sampai resit beli bawang kat mydin pon adeJ
Paling sakit petrol, tol, food….menyirap je…hari2 isi minyak, bayang la nk crik ntuk A year, sudahnye buat sorang memang tak kan siap sehari…
 Nasib la boleh sambung esok and firm bagi blik kul 5 bulan2 pose ni…aku ape lagi…kul 5.05 minit cabut……jammed pulak…kuantan ni memang, pagi, petang, malam…jammed memanjang…..dekat setengah jam aku sampai traffic lite blik umah….pastu aku dah lupe belok ke terus….aku pon tawakkal teros…memandangkan kredit takde nak kol along aku…maka aku pilih jalan yang lurus la….tapi sesat da…siap masuk ceruk2 kg, ada umah papan…aku bantai je…last2 tanye org jugak…dapat la balik akhirnye ke jalan yang benar….INGAT…JALAN LURUS TAK SEMESTINYA JALAN YANG BENARJ last2 samapi nk kul 6.30 apa lagi, mandi, semayang apa patut terus gi ECM…makan kat Noodle Station….yummy2…sedap….ok end of day…tido..nti aku sambung entry bab masak n apa yang aku minat….Hahaha….

FIRST DAY






Di hari Pertama anda Praktikal……

ü  DATANG AWAL…(MACAM AKU, AWAL 10 MINIT, LAST2 KENA TUNGGU 10 MINIT BEFORE OFFICE BUKAK, PADAN MUKE DEN), Ni penting untuk first impression senior kat situ, mungkin ada yang cakap,”eleh, first day je datang awal,”PEDULIKAN sebab korang memang perlu impresskan seramai mungkin pada hari pertama untuk kehidupan yang sejahtera nanti….
ü  PAKAI PAKAIAN PROPER,(PEREMPUAN,BAJU KURUNG SAJO, X PUN KEMEJA FULL SET),(LELAKI:KEMEJA DAN KEMAS, RAMBUT KASI RAPI SKET)sebab kita tak tau environment lagi, jadi pilih pakaian selamat, selepas itu anda boleh tanya senior untuk pakaian2 yang dibenarkan….
ü  Bertegur sapa dan salam(sebolehnya ingat nama beberapa oranng yang meja dekat dengan korang) dan tunggu arahan dari boss sebelum korang usik pape atas meje, bukak pc ke….PALING PENTING KALAU ADA BUDAK PRAKTIKAL BUAT BONDING KAMCENG PUNYA SUPAYA tak la LONELY….melainkan LONE RANGER…
ü  Kenalkan diri semesra mungkin dan kalau boss tanya ada apa-apa soalan, tanya bila boleh start keja la…..sebab kalau tak korang akan bosan tunggu ofis hours habis nak2 lagi bulan pose ni….
ü  Jangan buat muka tak suka ke, terkejut ke, lau dapat kerja, macam aku tadi dapat buat filing
(Hambik kau)tebal giler…almost 4 plastik resit aku kena asingkan, classify and susun dari awal tahun sampai hujung tahun…..
ü  Instead of korang tanya senior balik pukul berapa….tak payah..nampak na tak sabar nak balik…skodeng2 je dekat pintu masuk ada tulis business hours….
ü  Jangan tanya CUTI…..ISNIN NI KAN NUZUL QURAN…ade negeri cuti…tricknye…ok aku tak tau la..tapi ni cover sket….korang buat2 borak2 ngan senior, tanya kampung dye, pastu cakap la yang minggu ni tak balik kampung ke(untuk negeri yang cuti isnin je), cakapla isnin ni cuti kan?(ayat soalan bukan PENYATA),nanti automatic macam aku dapat jawapan ISNIN NI CUTI,firm ni cuti ikut cuti negeri….hahaha…nak tanye cuti raye pon camtu (bagi yang kena beli tiket awal), tanya la raya ni balik bila?lau senior korang kg jauh lagi bagus, cakap je, jauh kg akak, kena gerak awal la raya nanti lau balik lambat nanti jammed…..antara jawapan yang bakal korang dapat, (bernasib baik la ye)”aah, tu la akak plan nak balik awal, tapi jumaat tu kita kene keje half day, sebab nak buat audit,petang baru dapat balik….nasib firm kita cuti seminggu untuk raya…..”

Ni la antara apa yang aku boleh kongsi pengalaman first day aku hari ni…so yang ade jantung dup dap tu jangan risau, they are not harm you and definitely they will welcome you nicely….
JANGAN LUPA BAWAK LA PENCIL BOX KORANG….KOT2 DAPAT KEJA FIRST DAY TEBAL MUKA LAU TAK BAWAK STATIONERY N NOTEBOOK…tak pasal2(aik?berlenggang je ke?)-=Boss word…

SAMBUNG2...



Sambungan dari entry yang panjang berjela tu….

ANDA TAK YAKIN DENGAN POINTER ANDA?
RISAU TAK AKAN ADA MAJIKAN MENGAMBIL ANDA BERKERJA?
(Dah macam iklan pulakJ)

Jangan risau, kalau anda pointer tak best, ada repeat paper yang membuatkan pointer choy….tak apa, CUMA korang ni kena la gigih cari firm dan promote diri….tapi kebiasaannya firm2 kecil yang humble ni, tak berapa mementingkan pointer BUKAN sebab mereka ni tak bagus atau TAk well known firm…CUMA mereka ni memberi peluang kepada yang tak bernasib baik dan sebagai part of Corporate Responsibility to the community…..lagipun tak semua firm kecil ni tak best, kadang2 suasana yang kecil akan merapatkan ukhwah n bernasib baik kalau semua sekepala macam aku dapat…wah2 bahagia….
 Yang penting cuba dan jangan putus asa….

Untuk soalan ketiga…KENE BULI KE TAK?

HAHAHA…..Ok….Itu terpulang pada kelembutan dan kebaikan hati senior korang…before that kena jelas betul2 definisi BULI ni….
Menurut PRPM….
BULI adalah perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dgn suasana yg baru; 2. = membuli mempermain-mainkan orang, biasanya orang yg lemah, dgn tujuan utk menggertak, mencederakan, menakutkan dsb orang yg berkenaan

So, rasanya tak de lah sampai buli kot…..Cuma kerja yang banyak korang rase mintak ampun nak wat adalah filingg…..

Ini lah kerja hamba pada hari pertama daku berkerja ini…….

Menangis Jugak la tengok Resit EXPENSES for Sole Proprietor account dari awal JANUARY 2011 sampai DECEMBER 2012….
Nak tau seksa ke x tengok la gambar2 ni ha….




Ni bawah meja ok…atas meja dah penuh…….



Tiket tol je ni…dah macam tiket loteri…..pergh….



Resit2 petrol….mintak ampun giler buat ni…..




Korang Nampak tak tarikh kat resit tu… L

Untuk soalan Nak buat SATU DEPARTMENT KE ATAU ROTATE…TERPULANG…

Kalau korang suka Flexi gitu, cari la audit firm yang tawarkan macam2 such as assurance, tax, akaun,secretary and lain2…..masa korang apply tu pun boleh tanya kat officer tu korang ni kena buat apa?ataupun possibility job korang nanti…..

Kebaikannya, korang akan ada various experience of field in accounting…tapi kalau satu department
contohnya MALAYSIA AIRPORT (MASB) mungkin for three or six month korang akan buat account payable je, contohla….kebaikannya, korang akan sangat expert dalam job korang


Soalan ke 5 pasal kos sara hidup dan elaun no 6 tu berkait…sebab???

Mesti korang rasa tak adil keluarkan duit pergi kerja tapi tak dapat apa2 kan? J

Sebab itulah pentingnya untuk korang tau berapa range allowance yang korang nak n brape firm tu akan bayar…macam mana nak tau….PWC, EXXON MOBIL bayar 1k…Masb dalam 600…Government RM 15 sehari untuk 3 bulan pertama je….firm2 biasa kebanyakkannya dari RM 300 – RM 700…tapi 6 7 ratus tu mostly k.l la…rural2 area ni standard 4 5 ratus…tapi ok lah kan daripada non ado….. J

Untuk yang JPA maybe lega la sebab at the end boleh claim kat JPA…tpi untuk yang PTPTN ni…elaun ni penting….tapi pastikan expectation tak tinggi sebab praktikal trainee ni di bayar mengikut ihsan majikan (for private la)

Sebab aku buat entry ni adalah untuk tolong sape2 kat luar sana yang dalam DILEMA untuk berpraktikal ni….entry ni mungkin berguna for ACCOUNTING STUDENT tapi I hope it also help the others….

Nanti bila ada experience member2 praktikal, akan di share…n korang yang ade experience pon sila2….share sesame mehJ


PRAKTIKAL@LI@INTERN???


Hari pertama, pengalaman pertama……semuanya pertama

Pernah ada pengalaman praktikal pertama?

Jom kongsi sama-sama……

KOS: IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN (KEPUJIAN)
KAMPUS: UITM KAMPUS BANDAR MELAKA
SEMESTER: 7

Seperti biasa semua pelajar perakaunan semester 7 di wajibkan menghadiri latihan praktikal@LI@intern@pape je la korang nak panggil….

Seperti biasa first sekali kamu orang kena cari firm untuk praktikal. Lagi cepat lagi bagus. Masa cuti sem dah boleh “ushar” firm yang kamu orang nak….

Antara DILEMA(chewah,poyo giler), adalah seperti berikut:

                1. Firm mana yang bagus? Big Four (pwc,e&y,Kpmg n Delloitte)? LHDN?Jabatan Audit?
                    Oil&Gas?MAS?ke firm biasa-biasa saja?
                2. Firm ni nak ke ambil aku? Pointer tak best la…..
                3. Kena buli tak masuk kalau aku apply firm ni?
                4. Nak kena buat satu department ke@rotate eh?(rotate tu maksudnya buat                                                         tax,audit,akaun,company secretary jugak,assurance dan lain2)
                5. Nak cari dekat rumah,jimat kos….
                6. Firm ni bayar berapa eh?

First of all dear, all of these factors you must consider before choose the intern place. Mungkin ada yang cakap tak kisah, main cekup je, tapi at the end nanti mesti ada konflik timbul such as…..

TAK SUAI LA
TEMPAT JAUH LA PULAK
PERGH, CIPUT JE BAYAR
SENIOR AKU CAKAP NANTI BUAT FOTOSTAT DENGAN BANCUH AIR JE….
TAK KAN 6 BULAN AKU NAK BUAT PAYABLE  JE? MUNTAH HIJAU LA NANTI

Sangat la penting untuk kalian semua mengkaji firm yang bakal korang pilih nanti….

Ok untuk soalan pertama ni jawapannya….

Big 4? Definitely the best….tapi kena beringat sebesar mana namanya sebesar itu jugalah tanggungjawabnya….bagus sebab reputation dah establish cuma bila kita di terima firm2 besar ni, expectation pun tinggi dengan harapan kita akan di ajar how to do the work and not the basic accounting as we learn in the class. Senior ada yang akan membantu, tapi selebihnya we have to stand on our feet coz senior usually are very buzy….bawah ni ada laman web untuk Big 4 Intern(Malaysia je, U.S ke,U.K ke carik sendiri)





Big four ni intern mostly open during the year contohnya PWC yang ada program intern nya yang tersendiri. My Advice hantar resume awal2, lepas dapat result final exam before sem yang kena pergi praktikal, sebab most of them take time to process your intern application.
 FIRST…Kena call dan tanya ada tak kekosongan untuk buat LI pada tarikh sekian2…..
Lepas itu, baru bagitau yang kita berminat untuk apply, apa prosedur(TANYA) dan kalau boleh tanya dengan siapa kita bercakap supaya in the future boleh jadi rujukan…..

My experience applied for PWC, they will call you and tanya la…

                What are you doing now?
                Your current result?
                What are you involved in University?
                Did you apply to the other audit firm too?

Kalau nak kena la tunjuk yang betul2 berminat, promote diri sesopan mungkin, boleh la korang cerita pasal apa penglibatan kat IPT contohnya:

                I am an active member of silat club
                I am a president for faculty event
                My current result is ……., I had shown some improvement during this semester…
                Currently I am part 6 student and I plan to involve in some community works this semester
                Yes, I do apply but my priority is your firm….or if tak say like this
No, because I really want to get placement in your firm

 Ataupun kalau korang tak nak boleh cari firm idaman hati kat sini:
               
                http://www.otak2.com/
               
mudah.my pun ada, pandai-pandai la kalian meng”google” ye…kalau ada yang nak apply jabatan audit, mungkin lama sikit, macam pengalaman kawan2, almost 3 to 4 weeks baru dapat jawapan..sebabnya….diorang kan banyak nak kena audit jadi sibuk sikit…..

Bila dah dapat, godek2 tengok kot2 ada website ataupun tanya senior…bukan apa, kena la kenal sikit firm ni, tak kenal maka tak cinta u olls….
Jangan lupa masa kalian tengah menggodek tu, google maps sekali…pastikan ada rumah sewa berdekatan(bagi yang tak de transport), ada kemudahan awam, senang dan memenuhi keperluan dan kehendak korang.
Apa pun pilihan firm korang akan ada pro n kons, jadi fikir2 kanlah…..jadi buat la isthikharah…..

Ok…soalan lain sambung ke entry part 2..panjang sangat nti bosan org baceJ

KUANTAN MARI....



Journey to Kuantan…..

 Kali ini aku nak share journey ke tempat baru…KUANTAN…….
Untuk PRAKTIKAL selama 6 bulan

29 JULY 2012…2.45 PETANG…
Maka bertolaklah daku meninggalkan Melaka bumi tercinta untuk berkelana ke tempat praktikal…..
Pukul 6.55 petang sampai kat kuantan…
Disebabkan akak ipar ku di JB berkursus, terpaksa la aku menjadi tukang masak…malam tu…pergi TUNAS MANJA depan umah…beli barang2 sket….tengok bahan basah pergh dah x ok sangat..dah malam…maklumla….pergi Giant pulak….pon non ado….sambil2 tu tengok2 jalan n cari ofis….jumpe malam tu jugak…sebaris ngan tutti frutti tu…pergh….best siot….

ISNIN……

10.15 PG…

Hello, miss ….., Motor cik dah sampai ni…pergh kagum aku dengan NATIONWIDE…hantar sabtu, isnin sampai…ok…memandangkan masa nak hantar motor hari tu tiub bocor maka memikirkan nak gi bengkel malasnye…………………petang tu, lepas abang aku balik kerja kitorang pon pergi la amik motor….pergi bengkel sume Alhamdulillah lancar….2 biji motor la ada….malam tu, selepas semangat sebab nak kena masuk keje esok aku pun gi la Giant naik motor yang baru di hantar ke workshop…..Keluar je Giant, pergh motor pancit, rupenye2 Dunlop tyre yang bocor bukan tiub……aku pon ape lagi hangin la…dahla nak balik rumah ada 4km lebeh…kena uturn 1 km lebih…aku pon menunggang la perlahan2 dengan harapan rim ok je…..sampai la rumah kul 10.30 mlm kira2 setengah jam menaiki motor ciput……
Abang aku yang baru siap keje kat ofis pon bertawaf cari aku, tiba2 ada exciden kat depan jambatan Giant tu…..hopefully selamat la budak yang kena hentam tu…dengar citer melambung siap kene hempap, sorang tu terhincut2 tapi sorang lagi dah tak gerak kena hempap motor…ape cer?Wallahualam…..

SALAM AND SORRY…


WHY????
SEBAB:
  • ·         Aku ni new blogger, so lau blog aku tak best, tak menarik…sorry….
  • ·         As beginner, I hope some people will guide me to become a good blogger…
  • ·         I write anything, everything….but for now my internship experience n don’t worry soon a more story to be tell
  • ·         If korang ade pendapat, komen, jemput ke blog aku, free je
  • ·         Ape2 kat blog ni adalah my personal view and I do respect if u have any other view…
  • ·         Lau ade cadangan untuk entry bagi je, I’ll try it….
  • ·         Language campur Cuma aku berusaha la memartabatkan bahasa Melayu
  • ·         Sekarang korang datang mungkin tak best, tapi aku akan try improve dashboard day to day…so nanti datang lagi tau….
  • ·         Aku bercadang tulis pasal life aku as student, contoh2 assignment aku, budak2 kelas aku, resepi2, travel n pape benda yang aku rase menarik….buat masa ni la….
  • ·         B.i aku mungkin tak bape bagus and I don’t mind if other people become the corrector of my language….
  • ·         Salam untuk pembaca semua dan maaf kalau tak menepati citarasa korang….